|
Article in other languages:
|
Untuk kegunaan lain, sila lihat: O (nyahkekaburan).
O ialah huruf Rumi moden yang ke-15, bernama o (/o/).
History
Huruf O berasal dari huruf Semitik `Ayin (mata) yang melambangkan konsonan, mungkin frikatif farinks bersuara (IPA: /ʕ/), yang juga dilambangkan oleh huruf Arab bahasa Arab: ع (`Ayn). Huruf Semitik dalam bentuk asalnya nampaknya diilhamkan oleh hieroglif Mesir untuk "mata". Adalah dipercayai bahawa bangsa Yunani telah menimbulkan inovasi aksara huruf; oleh sebab tiadanya konsonan farinks, maka mereka meminjam hurif ini menjadi huruf omikron untuk menandakan bunyi /o/, iaitu bunyi yang dikekalkan huruf berkenaan dalam bahasa Etruskan dan Latin. Dalam tulisan Yunani, wujudnya bentuk lainan huruf ini agar membezakan bunyi o panjang (Omega, "O besar") daripada o kecil (Omikron, "o kecil"). PenggunaanHuruf O paling banyak dikaitkan dengan vokal belakang tutup-tengah berbundar [o] dalam pelbagai bahasa. Bentuk ini bergelar "long o" dalam bahasa Inggeris, tetapi bunyinya berbeza sebenarnya. Dalam loghat prestij British yang bernama Received Pronunciation, huruf o ini berbunyi diftong (əʊ); di Amerika pula /oʊ/. Dalam bahasa Inggeris juga afa "short O" yang juga berbagai-bagai sebutannya. Dalam kebanyakan loghat England, huruf ini berbunyi vokal belakang luas berbundar [ɒ]; di Amerika Utara pula, bentuknya berbunyi vokal belakang atau tengah tak bundar, sama baik [ɒ] mahupun [a] bergantung pada loghat daerah. Dalam IPA, [o] melambangkan vokal belakang tutup-tengah berbundar. Kod-kod pengkomputeranPerwakilan alternatif O
Lihat jugaWikimedia Commons mempunyai media mengenai:
Pengertian O dalam Wiktionary bahasa Melayu, sebuah kamus bebas.
Questions for article: |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
This article is from Wikipedia. All text is available under the terms of the GNU Free Documentation License.
IHS Europe: Infrared Heating Systems for Home and Business.